Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksualyang dianggap oleh kebanyakan orang sebagaijenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual. (Wikipedia Bahasa Melayu) Oleh : Muhammad Ibn 'Az Semua statistik di bawah diambil dari sebuah terbitan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan tajuk Sex Offences & Offendersyang diterbitkan dalam tahun 1997 di bawah kelolaan Lawrence A. Grenfeld.
Berdasarkan statistik yang yang diberikan di atas, kesimpulan yang dapat dibuat ialah majoriti daripada kes-kes rogol yang berlaku dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali atau mempunyai hubungan dengan mangsa. Pemangsa-pemangsa ini seakan-akan bebas dalam batasan pergaulan dengan mangsa sehinggakan mempunyai akses untuk memasuki rumah mangsa atau membawa mangsa ke rumah mereka atau mangsa-mangsa ini boleh di bawa keluar dengan sewenang-wenangnya oleh mereka. Ini dibuktikan dengan peratusan kes-kes rogol berlaku dalam lingkungan 1 batu (1.609 km) dari atau dirumah mangsa. Begitu juga dengan 2/3 dari mangsa rogol yang berusia 18 hingga 29 tahun, menurut laporan tersebut, mereka ini sedang atau pernah mempunyai hubungan intim atau hubungan sebagai kenalan dengan perogol atau pelaku jenayah seksual ini. Batasan pergaulan dalam kes-kes sedemikian tidak disempadani oleh apa-apa batasan. Kebebasan dalam pergaulan jelas nyata apabila si pemangsa seakan-akan mempunyai satu bentuk kebebasan untuk keluar masuk ke kediaman mangsa. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”. Jika berperang mempertahankan Islam dari serangan puak kufur diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya dikirikan dan dikinikan pula tanggungjawab menemani isteri yang bakal mengerjakan haji, maka disini sangat penting bagi kita untuk mengetahui bahawa setiap dari wali itu sangat dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan mahramnya yang berurusan dan mempunyai pekerjaan yang harus dilakukan. Jika seorang wanita yang dewasa sekalipun diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya ditemani suaminya atau mahramnya, apatah lagi jika anak-anak gadis kita yang masih kecil atau remaja. Islam tidak membataskan pergerakan wanita, malah menggalakkan mereka terlibat sama dalam semua aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan mereka hatta menyertai pasukan tentera Islam di medan perjuangan sekalipun. Tetapi biarlah semua persekitaran pekerjaan dan aktiviti yang melibatkan mereka itu memberikan satu jaminan keselamatan ke atas diri mereka dan tidak menindas mereka kerana gender mereka serta memberikan mereka satu persekitaran yang kondusif bagi kemajuan diri mereka dan ummah. Rasulullah s.a.w. telah menggariskan batasan-batasan yang perlu dipatuhi dalam hubungan antara bukan mahram bagi mengelakkan segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.” Sebagaimana yang diketengahkan serta dinyatakan dalam statistik yang dibentangkan di atas, majoriti dari kes-kes serangan seksual dan rogol yang mendatangkan kecederaan berlaku ke atas golongan wanita dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas. Mengikut laporan dalam terbitan tersebut, majoritinya merupakan kes-kes dimana wanita-wanita tersebut diserang oleh kenalan, teman lelaki, bekas teman lelaki atau bekas suaminya sendiri. Oleh kerana kebanyakan dari wanita yang mengalami keruntuhan rumahtangga memilih untuk hidup sendiri dan tidak membebankan ibu bapa atau mana-mana mahramnya, maka mereka ini sedikit sebanyak terdedah kepada bentuk-bentuk kemudaratan tidak terjangka dalam kehidupan mereka sehari-harian, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana ditetapkan Allah dan RasulNya. Mungkin golongan dari gerakan liberasasi wanita menentang hujah sebegini kerana bagi mereka tiada salahnya menjemput atau melayan tetamu yang datang bertandang ke rumah, tetapi seringkali mereka terlupa bahawa dalam setiap hati manusia itu terdapat satu bentuk kejahatan yang hanya boleh dikawal dengan kekuatan iman dan mengikut semua langkah precaution yang ditetapkan. Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.” 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita tentang batasan-batasan ini. Sekiranya mereka yang kita kira sebagai rapat dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai lebih berbahaya, maka apatah lagi dengan bahaya oleh orang-orang luar yang tidak atau baru dikenali. Statistik di atas telah menunjukkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ini, bahawa ¾ dari setiap kes-kes rogol dan serangan seksual melibatkan orang-orang yang dikenali mangsanya terutamanya dari kalangan keluarga dalam kategori Al-Hamwu ini. Menurut statistik dalam laporan tersebut lagi:
Malam minggu sebagaimana yang dinyatakan dalam statistik tersebut merupakan malam yang paling banyak mencatatkan kejadian rogol dan serangan seksual. Sebagaimana yang kita sedia maklum, malam minggu merupakan malam dimana muda mudi dan golongan dewasa gemar keluar bersosial. Dengan batasan-batasan hubungan yang tidak disempadani apa-apa, maka tidak mustahil perkara buruk seperti yang dinyatakan dalam statistik tersebut boleh berlaku. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang menyatakan bahawa dalam malam terkandung kejahatan dan setan-setan berkeliaran pada malam hari. Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.” Jelas Rasulullah s.a.w. telah pun memberikan amaran mengenai kejahatan yang terkandung dalam gelapnya malam. Saya memahami hadis ini membawa maksud kemudaratan yang di bawa oleh kedatangan senja termasuk kejahatan dalam bentuk apa yang dibincangkan dalam artikel ini. Tidak hanya demikian, pada suatu senja ketika sedang bersembang dengan seorang pak cik, sepupu dan adik-adik saya selepas selesai membuka khemah kenduri, azan Maghrib berkumandang. Sebaik saja azan tersebut habis dilaungkan, maka muncullah satu lagi ‘setan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas. Jelas sekali ‘setan’ ini hanya muncul pada waktu cahaya senja masih kelihatan dan menghilang sebaik saja cahaya senja hilang dan muncul gelap malam. ‘Setan’ yang saya temui ini jelas sekali memmenuhi kriteria kemunculan satu jamnya seperti dalam hadis di bawah. Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana pada ketika itu setan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam maka biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana setan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur).”(Hadis Riwayat Muslim) Dalam hadis di atas jelas Rasulullah s.a.w. memberikan satu peringatan mengenai penularan wabak penyakit. Setan pertama tersebut juga membawa maksud penyakit bawaan nyamuk. Nyamuk aedes hanya mencari mangsa pada waktu senja. Selepas gelap malam muncul, ianya pun hilang. Deskripsi ini betul-betul tepat dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Saya sudah menghuraikan hadis ini dalam posting saya sebelum ini “Siapakah Sebenarnya Yang Dinamakan Syaitan? Bahagian 1, 2 dan 3. Untuk membacanya klik sini. Sangat jelas bagi menjauhi segala kemudaratan yang boleh berakhir dengan kejadian rogol serta serangan seksual, maka batas perhubungan hendaklah disempadani mengikut syariat yang telah ditetapkan. Ada juga yang cuba menyalahkan cara berpakaian wanita yang menjolok mata sebagai punca kepada perlakuan rogol yang berlaku. Saya tidak menafikannya sebagai antara punca, tetapi cara berpakaian wanita itu jatuh kepada kategori penyebab sekunder kepada kes-kes rogol dan serangan seksual ini. Penyebab primernya ialah batasan pergaulan yang langsung tidak dijaga. Sebagaimana statistik tersebut memberikan gambaran jelas bahawa ¾ dari mangsa rogol mengenali mangsanya. Mungkin akan ada yang tidak berpuashati dengan kenyataan saya yang mengatakan bahawa, faktor berpakaian itu jatuh sebagai sebab sekunder. Sebenarnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30: (An Nuur 30)Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Arahan ayat hijab ini pertamanya ditujukan kepada kaum lelaki. Arahan Allah ini sangat mudah, effisien dan penuh dengan pendekatan psikologi. Saya sudah menghuraikannya dalam posting saya yang bertajuk “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini). Hanya kemudian dari itu, barulah ayat berkenaan hijab Allah s.w.t. perintahkan ke atas kaum wanita. (An Nuur 31)Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Jelas sekali Allah s.w.t. memerintahkan kaum lelaki terlebih dahulu menundukkan pandangan supaya tidak terpengaruh dengan dorongan nafsu akibat dari memandang sesuatu yang boleh membangkitkan syahwat. Jadi kenapa hendak disalahkan wanita sekiranya perintah Allah yang pertama Allah s.w.t. tekankan ke atas kita tidak langsung kita penuhi. Apakah kita sebagai lelaki Muslim ini terlalu mementingkan diri, memaksa kaum wanita berubah sedangkan kita tidak mahu berubah? Sedangkan perintah Allah yang pertama ialah kepada kita supaya menundukkan pandangan. Fahami perintah Allah ini! Ianya satu pendekatan psikologi yang paling hebat untuk merubah dunia disekeliling kita. Baca tentangnya dalam posting saya “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini) supaya dapat difahami bagaimana hebatnya sesuatu arahan Allah itu dan kesan daripada pelaksanannya. Sebenarnya, kita ini terlalu ego. Kesukaan kita ialah membiarkan kebodohan dan kesombongan menguasai diri, sedang Allah s.w.t. itu sudah pun meletakkan segalanya dalam susun atur yang paling cantik dan elok untuk dipraktikkan. Sebenarnya, semua permasalahan sosial ini boleh dikawal dan dikurangkan sedikit demi sedikit sekiranya kita semua sedia mahu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al-Qur’an dan hadis. Kembalilah kepada Al-Qur’an dan sunnah, kerana segala-galanya terjawab disana. Tak percaya? Cubalah sendiri, cari guru bertauliah, mohon petunjuk Allah dan dalami Al-Qur’an dengan kefahaman sebenar dan bukan kefahaman sempit. Anda pasti akan terkejut dengan apa yang anda akan jumpa... percayalah.. ianya berlaku kepada saya dan semua yang cuba mendekati Allah melalui kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an dan As Sunnah. Sebut apa saja... Evolusi, Sains angkasa, Penerokaan Angkasa, fizik, geologi, kewujudan makhluk asing, kepupusan dinosaur semuanya disebut dengan jelas dalam Al-Qur’an dan hanya difahami oleh mereka yang berpengetahuan. Al Qamar 17, 22, 32 dan 40Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? Al Israa’ 12 Terpulanglah... samada kita kembali atau kita dikembalikan, yang pasti 10 minit yang anda luangkan membaca artikel ini takkan kembali kepada anda semula. Kehilangan masa tersebut, menunjukkan bahawa baki umur kita yang ada semakin berkurang. Sudahkah kita bersedia untuk dipanggil pulang? Wallhua’lam.... Petikan Dari : http://satuhala.blogspot.com |
Friday, December 4, 2009
Peratusan Kes Rogol, Al-Qur'an dan Hadis... Apa kaitan rapat ketiga-tiganya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment