Tuesday, December 22, 2009

BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.

Sahabat nabi s a w bertanya adakah boleh tidor selepas berjunub. Nabi s
a w
jawab boleh tapi bangun dulu ambil wuduk baru boleh tidor.
Sebaiknya dalan keadaan junub, haid dan nifas kalu nak tidur amik wuduk
dulu. Sebabnya kalu tak wuduk bahaya menanti. Syaitan
boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka,
boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak
or janin rosak. Selain tu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa
penyakit
yang susah diubati spt cancer. Seperti ustaz maklumkan
sebelum ini cancer ni penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan. Perkara

ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.

Sampaikan pesanan kapada Kawan2 kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan
menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.

So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh
padahnya.
Wallahualam"

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)


Saturday, December 19, 2009

Wanita sejati

HARGA DIRI WANITA

renungkan lah..
Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu.

Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.”



Petikan Dari : www.jejariaccess.com

Keadaan Mayat

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'



Petikan dari : http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

Ramai Ummah Alpa Keberkatan Jumaat

Banyak kelebihan, keistimewaan dikurniakan pada penghulu segala hari

MUTAKHIR ini ramai di kalangan kita yang alpa dengan kelebihan dan keberkatan Jumaat. Ada sebahagian masjid yang menjadi tumpuan umat Islam mendirikan fardu Jumaat kelihatan lengang, meskipun waktu solat sudah hampir tiba.



Hanya kira-kira 10 minit sebelum azan berkumandang, orang mula datang berduyun-duyun ke masjid. Itupun ramai hanya berlegar-legar di persekitaran masjid, tidak berlumba-lumba untuk mencari saf hadapan, membaca al-Quran, beriktikaf atau mencari keberkatan datang awal.

Bagi sesetengah wanita yang bekerja pula, Jumaat (waktu rehat) selalunya digunakan untuk membeli belah, bukannya mengadakan kuliah atau mengikuti khutbah di televisyen.

Fenomena ini menunjukkan kita sudah semakin lupa dengan kelebihan dan keberkatan yang ada pada Jumaat. Kita mungkin tidak sedar bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari, yang mempunyai banyak kelebihan antaranya:

- Pada Jumaat, Allah menjadikan Nabi Adam (manusia pertama).
- Jumaat adalah hari paling mustajab bagi mukmin yang berdoa. Allah akan memakbulkan doanya, selama ia tidak meminta perkara yang haram.
- Pada Jumaat akan berlakunya kiamat.
- Jumaat adalah besar disisi Allah bahkan lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Rasulullah SAW membicarakan mengenai Jumaat dan Baginda berkata: Padanya ada suatu saat yang tidak ditemui oleh hamba (Allah ) yang Muslim dengan ia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dimohonkan akan diberi kepadanya (ia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkat).” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan adanya saat yang paling mustajab pada hari Jumaat, di mana segala permohonan akan dimakbulkan dengan izin Allah . Malah, ulama berselisih pendapat mengenai bilakah saat yang dimaksudkan itu.

Ada berpendapat sesudah terbit matahari syuruk dan ada yang mengatakan sesudah gelincir matahari (zuhur atau Jumaat). Malah ada yang mengatakan sesudah waktu Asar dan selain waktu itu.

Bagaimanapun ada hadis sahih mengatakan saat mustajab itu bermula dari khatib berada di atas mimbar sehingga selesai solat Jumaat. Daripada Abu Al-Asya’ari, ia berkata:

“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya saat mustajab itu adalah antara imam duduk di atas mimbar, sampai ia salam daripada solat.” - (Hadis riwayat Muslim)

Jelas menunjukkan bahawa ketika khatib berada di atas mimbar dan berkhutbah adalah antara waktu yang penuh berkat. Kerana ketika itu segala hidayah Allah disalurkan melalui mimbar. Ilmu dan nasihat agama disampaikan sebagai panduan untuk sekalian.

Khatib sering mengingatkan kita supaya bertakwa kepada Allah , mentaati titah perintahnya, berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

Khutbah yang baik dapat memupuk kesedaran dan ketaatan kepada Allah , memberi motivasi dan pedoman berfaedah ke arah membina kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Justeru, kita dituntut datang awal ke masjid, membersihkan rohani dan menyiapkan diri untuk mendengar khutbah. Kita digalakkan berada di saf hadapan, kerana lebih hampir dengan mimbar yang menjadi saluran hidayah Allah .

Khatib pula perlu lebih bersedia sebelum berkhutbah dengan membuat semakan terhadap teks yang disediakan. Khatib juga perlu membuat rujukan dan pembacaan tambahan supaya khutbah yang disampaikan benar-benar menarik, berkesan dan bersesuaian dengan tuntutan zaman.

Selepas selesai solat Jumaat, bertebaran di muka bumi untuk mencari rezeki dan menyelesaikan urusan hidup. Bukannya dengan duduk di masjid berjam-jam, sehingga kadangkala kereta yang diletakkan di tengah-tengah jalan (kerana lewat datang) di biarkan melintang di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas. Ini tentu menyusahkan orang ramai.

Oleh itu, datanglah seberapa awal ke masjid untuk memenuhi saf hadapan dan segeralah pulang apabila solat atau doa selesai agar segala urusan dapat dibereskan.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, apabila kamu diseru untuk mengerjakan fardu Jumaat, maka hendaklah kamu segera mengingati Allah dan tinggalkan urusan jual beli.” - (Surah al-Jum’ah, ayat 9)
Petikan Dari : http://hassanadlio.blogspot.com

7 Tol Melalui Sirat

Sirat atau titian yang merintangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada sesiapapun yang akan terkecuali daripada merintangi titian ini. Dalam titian ini, manusia akan menghadapi tujuh sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

1. Sekatan pertama, manusia akan diperiksa dengan syahadah mereka. Adakah benar mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya seperti dalam lafaz syahadah. Manusia juga mestilah bebas dari syirik.

2. Sekatan kedua, manusia akan diperiksa dengan solat mereka. Solat hendaklah sempurna dengan rukun-rukun, syarat-syarat serta khusyuk hati mereka.

3. Sekatan ketiga, manusia akan ditanya mengenai ibadah puasa mereka. Adakah puasa mengikuti rukun-rukunnya serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa atau merosakkan pahala puasa.


4. Sekatan keempat, manusia akan ditanya mengenai zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat seperti yang disyariatkan.

5. Sekatan kelima, manusia akan diperiksa dengan ibadat haji.

6. Sekatan keenam, manusia akan ditanya dengan wudhuk dan mandi wajib. Kecuaian dalam melaksanakan kedua-dua ibadah ini menyebabkan sesetengah ibadah tak boleh dilaksanakan. Perlu belajar, tidak boleh ikut-ikut orang dalam melaksanakan ibadah bersuci. Tidak boleh sekadar membaca buku, perlu berguru agar tidak sesat dan diganggu syaitan.

7. Sekatan ketujuh, manusia akan ditanya sama ada mereka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Tidak boleh disembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap manusia lain.
Jika tol atau sekatan jalan raya (road block) di dunia mampu dihadapi dengan mudah oleh manusia. Masuk jalan bertol, kena bayar tol. Kalau kena saman kat road block, boleh bayar. Boleh buat rayuan lagi. Namun di akhirat tidak semudah itu. Hanya amalan, keikhlasan dan keimanan manusia yang mampu menghadapi sekatan-sekatan yang bakal dikenakan. Sebuah kisah dalam Al-Quran dalam surah Al Kahfi sebagai renungan.

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Surah Al Kahfi: 32-33

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh. Dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Surah Al Kahfi: 34

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Surah Al Kahfi: 35-36

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Surah Al Kahfi: 37-38

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Surah Al Kahfi: 39

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakan dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Surah Al Kahfi: 40-41

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Surah Al Kahfi: 42

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan Yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Surah Al Kahfi: 43-44



-ibnuahmad-

Rujukan:

1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Buku Harakah, Kuala Lumpur.
2. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majidy, (2008), Kisah Cinta dalam Al-Quran, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.

Dari Petikan : http://tunasislam.blogspot.com

Friday, December 4, 2009

Hiburan Malaysia yang semakin melalaikan


Apabila dikemukakan wanita cantik dengan pakaian terdedah, dan dengan cerita munkar seperti skandal seks, apa yang paling dilihat oleh orang ramai yang menonton? Tentu sekali aspek-aspek tarikan munkar dan melalaikan itu, walaupun katanya cerita itu mengandungi pengajaran.

Baru beberapa minggu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan Jalang, sebuah filem yang memaparkan cerita munkar seperti ini, menggunakan wanita cantik sebagai tarikan untuk melariskan cerita.

Dan sudah pasti, pembuatnya ialah orang Melayu beragama Islam yang cuba mewajarkan cerita itu dengan pengajaran dan kisah wanita itu bertaubat, walaupun dilihat daripada poster filem ini yang terpapar di akhbar-akhbar, jauh sekali untuk dikaitkan dengan taubat.

Daripada apa yang telah muncul di media selama ini, saya dapat menyimpulkan filem ini tidak lebih daripada eksploitasi wanita dan menggunakan seks sebagai pelaris. Filem seperti ini memudahkan lagi untuk gejala sosial orang Melayu Muslim di negara ini terus memburuk.

Siapa lagi yang akan menonton filem ini kalau bukan orang Melayu yang sebahagian besarnya beragama Islam? Adakah pembuat filem ini tidak memikirkan kesan-kesan jangka panjang filem yang dibuat konon untuk menceritakan kisah taubat itu kepada umum?

Taubat ialah satu perkara besar dalam agama. Kenapa pembuat filem ini mempersembahkan cerita berkisar taubat ini dengan imej-imej munkar? Ini sangat tidak kena dengan apa yang kononnya ingin disampaikan itu.

Dunia hiburan kita kian sesak dengan hiburan melalaikan. Kita melihat hiburan realiti remaja-remaja yang bercita-cita menjadi artis menjadikan remaja-remaja itu sebagai idola dan ikutan ramai anak muda.

Hasil pengamatan saya sendiri, di rumah-rumah ramai orang Melayu satu keluarga berhimpun di hadapan televisyen menonton rancangan hiburan realiti popular Akademi Fantasia sepanjang malam.

Setiap daripada mereka pula mengenali remaja-remaja peserta rancangan itu, siap dengan latar belakang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, mereka membeli majalah mengenai rancangan itu untuk mengenali lagi idola kesayangan mereka itu.

Hasilnya, apa yang ada dalam kepala mereka kalau bukan idola-idola ini. Hiburan menjadi satu agenda penting kehidupan mereka hari demi hari, daripada satu musim ke musim akan datang. Apakah harapan masa depan umat Muslim negara kita sekiranya sebahagian besar lebih suka berseronok dengan hiburan.

Di internet pula, semakin banyak blog yang memaparkan kehidupan selebriti yang amat mengejutkan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan peranan mereka dalam rancangan di televisyen atau apa yang mereka katakan dalam wawancara-wawancara di akhbar.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghadapi serangan hiburan munkar dan melalaikan yang semakin berleluasa ini. Mereka yang mempunyai autoriti dalam agama dan dihormati termasuk tokoh-tokoh politik perlu bercakap menentang perkara ini.

Pihak berkuasa mungkin boleh menggalakkan filem dan rancangan hiburan yang berfaedah dengan memberikan bantuan tertentu dengan menyediakan dana untuk membangunkan hiburan yang lebih berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan spiritual bangsa.

Mereka yang terlibat dalam dunia hiburan, yang mempunyai kesedaran ini perlu menggiatkan lagi usaha untuk memperbanyakkan lagi hiburan yang berfaedah. Jangan biarkan unsur-unsur munkar terus diarusperdanakan.


Petikan Dari : Harakahdaily

Hindari rezeki bawa kepada azab ALLAH


Marilah kita mendengar dan memahami serta beramal dengan petunjuk Allah SWT di dalam al-Quran berkaitan rezeki yang dikurniakan kepada kita di dunia ini berdasarkan Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya." (Al-Baqarah: 172)


Yang dimaksudkan dengan memakan rezeki yang halal ialah mengambil manfaat daripada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT, bukan sahaja dalam soal makan, minum, pakaian, tempat tinggal termasuk juga kenderaan yang digunakan.

Semua perkara yang digunakan itu mestilah diambil daripada rezeki halal dan diizinkan oleh Allah SWT. Dengan lain pengertian, bukan sahaja rezeki itu daripada bahan-bahan halal tetapi perlu memastikan daripada sumber-sumber halal dan dimanfaatkan dengan cara yang diizinkan oleh Allah SWT.

Perkara ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Allah memerintah orang-orang yang beriman sahaja dengan apa yang diperintahkan kepada rasul-Nya. Firman Allah SWT: Wahai rasul-rasul, makanlah kamu daripada yang baik lagi halal dan beramallah kamu dengan amal yang soleh, sesungguhnya Aku amat mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mukminun: 51).

Dan firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kamu yang halal yang Aku rezekikan kepada kamu. (Al-Baqarah: 172).

Kemudian Rasulullah s.a.w menceritakan seorang lelaki yang terlalu banyak musafirnya sehingga kusut masai rambutnya, berdebu pakaiannya. Lelaki itu berdoa kepada Allah: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, padahal makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan sejak kecil lagi dia diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimana Allah akan memperkenankan doanya?" (Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan perkara yang halal sangat mempengaruhi kehidupan di dunia ini dan hubungan dengan Allah SWT dari kehidupan dunia sampai akhirat.

Bukan sahaja dimasukkan ke dalam syurga bagi mereka yang mengambil dan menggunakan yang halal dan dimasukkan ke dalam neraka bagi mereka yang menggunakan yang haram, bahkan mereka akan menjalani kehidupan dunia dalam keadaan yang tidak berkat serta mendapat kutukan Allah.

Yang dimaksudkan mengambil yang haram itu ialah mengambil harta dengan cara yang tidak diizin oleh Allah sama ada mencuri, merompak, menyamun, menipu, rasuah dan lain-lain lagi, termasuk mengambil harta sesama manusia dengan cara yang tidak diizinkan oleh syarak.

Itulah perkara-perkara yang haram yang dinyatakan oleh Allah SWT, bukan sahaja mengambil makanan dengan cara mencuri adalah haram di sisi Allah sepertimana meminum arak.

Maka begitu juga mengambil barang milik orang lain dengan cara yang tidak betul, termasuk juga menggunakan kenderaan dan rumah dengam sumber yang haram, termasuk juga tanah-tanah yang diambil, duit yang diambil dengan cara yang tidak halal, membahagi harta pusaka dengan cara yang tidak betul, semua yang diambil adalah haram di sisi Allah dan diberi amaran keras oleh Rasulullah s.a.w.

Amaran oleh Allah SWT kepada mereka yang memakan makanan yang haram, makanan yang diambil dengan harta yang haram, minuman yang haram atau minuman yang dibeli dengan harta yang haram, semuanya itu akan menjadi umpan api neraka dalam perut mereka.

Termasuklah mereka yang memakai pakaian dengan cara dan gaya yang haram juga akan menjadi umpan api neraka kepadanya pada hari kiamat.

Begitu juga kepada mereka yang mengambil tanah orang lain dengan cara yang haram. Ini bukannya satu perkara yang boleh dipermain-mainkan, termasuklah mereka yang cerdik pandai dan bijak, mencari rezeki secara rasuah.

Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerimanya. "

Dalam hadis yang lain, sabda Rasulullah s.a.w (maksudnya): "Orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah semuanya di dalam neraka."

Begitulah amaran yang keras daripada Nabi s.a.w. Rasuah bukan sahaja untuk mendapat sesuatu tetapi termasuklah untuk mendapat pengaruh seperti melantik pemimpin-pemimpin melalui rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Bani Izrail yang memilih pemimpin-pemimpin yang memberi rasuah kepada mereka. Maka pemimpin itu akan bersama dengan para pengikutnya di dalam neraka pada hari kiamat.

Marilah kita memahami hakikat ini dan berpegang dengan petunjuk yang ditunjukkan oleh Allah serta petunjuk yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. terutamanya pada zaman manusia yang mabuk dengan keduniaan, kemewahan dan kesenangan.

Mereka mengambil apa sahaja dengan tidak mengikut petunjuk daripada Allah SWT tetapi mengikut selera hawa nafsunya. Marilah kita menyelamatkan diri kita dengan agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya). (Al-Baqarah: 188).

Semoga kita tidak menjamah rezeki yang tidak halal agar jasad kita tidak sempat dijilat oleh Neraka Allah nanti..


Petikan Dari : imamazhari.blogspot

Peratusan Kes Rogol, Al-Qur'an dan Hadis... Apa kaitan rapat ketiga-tiganya

AgamaRogol (atau pencabulan) adalah serangan seksualyang dianggap oleh kebanyakan orang sebagaijenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual. (Wikipedia Bahasa Melayu)

Oleh : Muhammad Ibn 'Az

Semua statistik di bawah diambil dari sebuah terbitan dari Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dengan tajuk Sex Offences & Offendersyang diterbitkan dalam tahun 1997 di bawah kelolaan Lawrence A. Grenfeld.



  • 73% atau hampir 3 dari setiap 4 daripada kes-kes rogol dan serangan seksual yang dilaporkan, dilakukan oleh pemangsa yang dikenali mangsanya. Perogol dalam kategori terbesar ini seringkali terdiri dari kalangan kenalan rapat, kekasih, bekas kekasih, bekas teman hidup (bekas suami), kenalan keluarga, ahli keluarga (cth: Pak cik, bapa tiri, sepupu dsb) dan sebahagian kecil terdiri dari ahli keluarga terdekat (cth: bapa kandung, abang kandung dsb).
  • 80% dari mangsa rogol yang membuat laporan polis, berusia di bawah usia 30 tahun.
  • 44% - 55% dari jumlah mereka seperti yang disebut di atas, merupakan golongan remaja dan kanak-kanak.
  • 90% dari mangsa rogol yang berusia di bawah 12 tahun mengenali perogol terbabit.
  • 2/3 dari mangsa yang berusia 18 – 29 tahun mempunyai hubungan awal dengan perogol.
  • 6 dari 10 kes rogol berlaku di rumah mangsa atau kenalan mangsa atau rumah saudara mangsa.
  • Lebih separuh dari kes rogol berlaku dalam lingkungan jarak 1 batu (1.609 km) dari rumah mangsa atau berlaku dirumah mangsa.
  • Bagi mangsa yang berusia 12 tahun ke bawah, 43% dari kes mereka dilakukan oleh perogol yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan mereka.
  • Hanya 11% dari mangsa yang berusia 30 dan ke atas mempunyai hubungan kekeluargaan dengan perogol.
  • 40% dari mangsa rogol mengalami kecederaan sampingan.
  • 5% daripadanya mengalami kecederaan parah.
  • Kecederaan biasa dialami oleh mangsa rogol yang berusia 30 tahun dan ke atas.
  • 25% dari mangsa rogol yang dibunuh berusia di bawah 18 tahun.
  • Senjata biasanya digunakan oleh pemangsa/perogol yang tidak dikenali mangsa.

Berdasarkan statistik yang yang diberikan di atas, kesimpulan yang dapat dibuat ialah majoriti daripada kes-kes rogol yang berlaku dilakukan oleh mereka-mereka yang dikenali atau mempunyai hubungan dengan mangsa. Pemangsa-pemangsa ini seakan-akan bebas dalam batasan pergaulan dengan mangsa sehinggakan mempunyai akses untuk memasuki rumah mangsa atau membawa mangsa ke rumah mereka atau mangsa-mangsa ini boleh di bawa keluar dengan sewenang-wenangnya oleh mereka. Ini dibuktikan dengan peratusan kes-kes rogol berlaku dalam lingkungan 1 batu (1.609 km) dari atau dirumah mangsa. Begitu juga dengan 2/3 dari mangsa rogol yang berusia 18 hingga 29 tahun, menurut laporan tersebut, mereka ini sedang atau pernah mempunyai hubungan intim atau hubungan sebagai kenalan dengan perogol atau pelaku jenayah seksual ini. Batasan pergaulan dalam kes-kes sedemikian tidak disempadani oleh apa-apa batasan. Kebebasan dalam pergaulan jelas nyata apabila si pemangsa seakan-akan mempunyai satu bentuk kebebasan untuk keluar masuk ke kediaman mangsa.

Dalam Islam, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah jelas dinyatakan. Pengharaman pergaulan bebas tanpa sempadan dalam Islam ini bukanlah bagi tujuan mengikat kebebasan manusia untuk bersosial, tetapi lebih kepada satu bentuk perlindungan kepada mereka yang lemah. Begitu juga undang-undang yang Allah s.w.t. gariskan melalui jalan Al-Qur’an dan hadis. Undang-undang bukanlah bertujuan untuk menghukum, ianya sebenarnya bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang lemah dan teraniaya serta memberikan keadilan kepada mereka yang teraniaya supaya setiap perbuatan jahat dan buruk ke atas mereka di balas dengan hukuman yang setimpal. Pentingnya menjaga batas pergaulan dalam Islam digambarkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. di bawah.

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang lelaki tidak boleh berada di tempat sunyi dengan seorang perempuan, melainkan harus disertai mahram. Begitu juga seorang perempuan tidak boleh berjalan sendirian, melainkan harus bersama-sama seorang mahram.” Tiba-tiba berdiri seorang lelaki, lalu dia bertanya: “Isteriku hendak menunaikan ibadat haji, sedangkan aku ditugaskan pergi berperang ke sana dan ke situ, bagaimana itu ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah : “Pergilah kamu haji bersama isterimu!”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Jika berperang mempertahankan Islam dari serangan puak kufur diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya dikirikan dan dikinikan pula tanggungjawab menemani isteri yang bakal mengerjakan haji, maka disini sangat penting bagi kita untuk mengetahui bahawa setiap dari wali itu sangat dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan mahramnya yang berurusan dan mempunyai pekerjaan yang harus dilakukan. Jika seorang wanita yang dewasa sekalipun diperintahkan Rasulullah s.a.w. supaya ditemani suaminya atau mahramnya, apatah lagi jika anak-anak gadis kita yang masih kecil atau remaja.

Malah ada juga bapa-bapa yang tidak bertanggungjawab boleh dengan senang hati menyuruh anak-anak gadis mereka untuk keluar berseorangan ke kedai semata-mata untuk membelikan sekotak rokok bagi memenuhi keperluannya. Bapa jenis apa seumpama ini? Lembab, bebal atau bodoh? Dengan persekitaran masyarakat yang semakin hari semakin berfikiran seperti manusia tidak berotak dan tidak beragama, sanggup dia lepaskan anak gadisnya berjalan berseorangan dan sekaligus mendedahkannya kepada segala mata-mata jahat yang memerhatikan setiap langkah dan gerak geri untuk diambil kesempatan.

Islam tidak membataskan pergerakan wanita, malah menggalakkan mereka terlibat sama dalam semua aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan mereka hatta menyertai pasukan tentera Islam di medan perjuangan sekalipun. Tetapi biarlah semua persekitaran pekerjaan dan aktiviti yang melibatkan mereka itu memberikan satu jaminan keselamatan ke atas diri mereka dan tidak menindas mereka kerana gender mereka serta memberikan mereka satu persekitaran yang kondusif bagi kemajuan diri mereka dan ummah.

Satu persekitaran yang kondusif membawa erti bahawa mereka di beri peluang samarata untuk maju dan memberikan khidmat mereka serta terjamin keselamatan mereka dari semua anasir-anasir buruk serta gangguan-gangguan dari mana-mana pihak. Jika persekitaran itu sangat tidak kondusif, maka kehadiran mahram diwajibkan ke atas mereka supaya semua hak dan keselamatan mereka dilindungi. Ingat! Sebahagian dari ummah ini ialah wanita dan mereka jugalah yang bakal melahirkan generasi ummah di masa hadapan. Menafikan sumbangan dan keupayaan mereka bererti membunuh ummah itu sendiri. Saya melihat perkara ini tidak jauh, cukup dengan contoh ibu, ibu mertua, isteri dan adik perempuan saya sendiri, mereka merupakan antara wanita yang mempunyai pandangan-pandangan kritikal yang membuka minda sekaligus dapat memberikan satu teguran membina dalam kelembutan mereka.

Setiap kali teguran tersebut dibuat, maka sesuatu yang saya tak pernah terjangka akan keluar dari buah fikiran mereka, mereka hidangkan sebagai alternative kepada pandangan keras dari minda seorang lelaki. Sesungguhnya Allah itu Maha Halus dalam setiap ciptaanNya. DiciptaNya wanita bukan untuk tunduk kepada Adam tetapi realitinya untuk membantu Adam sebagaicheck & balance dalam memainkan peranan sebagai khalifah di muka bumi ini. Mengapa mesti ditolak pandangan dan kritikan dari wanita sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri seringkali menjadikan mereka sebagai sumber mendapatkan pendapat dan buah fikiran. Banyak peristiwa yang dicatatkan hadis di mana Rasulullah s.a.w. mendengar pandangan dari wanita dalam membuat sesuatu keputusan dan adakalanya pandangan tersebut yang diambil baginda, menyelamatkan keadaan ummah yang ada ketikanya diambang pergaduhan. Ini terbukti dalam kes Abdullah Bin Ubay semasa tentera Islam pulang dari perang dengan Bani Mushtaliq.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan batasan-batasan yang perlu dipatuhi dalam hubungan antara bukan mahram bagi mengelakkan segala perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketahuilah! Seorang lelaki bukan mahram tidak boleh bermalam di rumah perempuan janda, kecuali jika dia bernikah dan suaminya ada di rumah, atau ada muhrimnya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebagaimana yang diketengahkan serta dinyatakan dalam statistik yang dibentangkan di atas, majoriti dari kes-kes serangan seksual dan rogol yang mendatangkan kecederaan berlaku ke atas golongan wanita dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas. Mengikut laporan dalam terbitan tersebut, majoritinya merupakan kes-kes dimana wanita-wanita tersebut diserang oleh kenalan, teman lelaki, bekas teman lelaki atau bekas suaminya sendiri. Oleh kerana kebanyakan dari wanita yang mengalami keruntuhan rumahtangga memilih untuk hidup sendiri dan tidak membebankan ibu bapa atau mana-mana mahramnya, maka mereka ini sedikit sebanyak terdedah kepada bentuk-bentuk kemudaratan tidak terjangka dalam kehidupan mereka sehari-harian, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak menjaga batas-batas pergaulan sebagaimana ditetapkan Allah dan RasulNya. Mungkin golongan dari gerakan liberasasi wanita menentang hujah sebegini kerana bagi mereka tiada salahnya menjemput atau melayan tetamu yang datang bertandang ke rumah, tetapi seringkali mereka terlupa bahawa dalam setiap hati manusia itu terdapat satu bentuk kejahatan yang hanya boleh dikawal dengan kekuatan iman dan mengikut semua langkah precaution yang ditetapkan.

Seorang yang kuat imannya juga boleh tewas dengan dugaan sekiranya dia tidak dibantu oleh persekitaran yang boleh menghalangnya melepaskan diri dari terus digoda hasutan nafsu dan dorongan syaitan. Sebagai contoh, jika anda membela kucing, tentu anda menyedari bahawa kucing juga antara binatang-binatang yang Allah jadikan mempunyai kebijakan tersendiri. Di rumah ibu saya terdapat banyak kucing yang dibela oleh adik perempuan saya. Adakalanya kucing-kucing tersebut sangat merimaskan tetapi kebanyakan dari masanya, kehadiran mereka menghiburkan hati. Kucing jika kita melihatkan kepada sifat dan sikap mereka, mereka ini merupakan antara penipu-penipu yang sangat licik berlakon. Saya banyak kali mengalami peristiwa dimana ikan goreng atau nasi bungkus yang saya beli dan makan dirumah ‘dirompak’ kucing-kucing terbabit. Pada ketika saya menikmati hidangan tersebut, kucing-kucing tadi akan datang dan berlakon manja dan buat-buat tidur di depan saya tanpa sekali pun melakukan percubaan untuk mencuri makanan.

Tetapi apabila saja saya bangun atau melakukan sesuatu berjauhan dengan makanan tersebut, maka dalam sekelip mata kucing-kucing ini mengambil kesempatan di atas kealpaan saya. Selesai saja ‘merompak’ makanan terbabit, mereka berlari seakan-akan tahu perbuatan mereka tersebut mengundang rasa marah tuan punya makanan, walaupun saya tidak berbuat apa-apa terhadap mereka. Begitu juga dengan manusia yang Allah s.w.t. kurniakan kekuatan akal yang berkali ganda hebat dari akal kucing-kucing terbabit. Manusia yang didorong oleh hati jahat, nafsu serta syaitan, tentunya tidak akan melepaskan mana-mana peluang yang terhidang di depan mata terutamanya jika mangsanya nanti tidak dapat bertindak balas. Kebanyakan dari kes-kes yang mendatangkan kecederaan dalam mana-mana serangan seksual yang melibatkan wanita dalam lingkungan umur 30 tahun dan ke atas berlaku disebabkan oleh mangsanya yang cuba melawan. 1/5 dari mangsa yang melaporkan yang mereka cuba melawan perogol/penyerang terbabit menyatakan bahawa tindakan mereka itu mengundang kepada kesudahan yang lebih buruk dengan serangan balas oleh perogol terbabit.

Jadi langkah terbaik ialah mencegah sebagaimana yang telah digariskan Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an dan melalui hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

Dari ‘Uqbah r.a. Bin Amir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah olehmu masuk ke rumah-rumah wanita!” Lalu bertanya seorang Ansar. “Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat anda tentang Al Hamwu (keluarga dekat bagi suami, cth: pak cik, saudaranya, anak saudara dan sebagainya).” Jawab Rasulullah s.a.w., “Bahkan itu lebih berbahaya.”
(Hadis Riwayat Muslim)

1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita tentang batasan-batasan ini. Sekiranya mereka yang kita kira sebagai rapat dikatakan Rasulullah s.a.w. sebagai lebih berbahaya, maka apatah lagi dengan bahaya oleh orang-orang luar yang tidak atau baru dikenali. Statistik di atas telah menunjukkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. ini, bahawa ¾ dari setiap kes-kes rogol dan serangan seksual melibatkan orang-orang yang dikenali mangsanya terutamanya dari kalangan keluarga dalam kategori Al-Hamwu ini.

Menurut statistik dalam laporan tersebut lagi:

  • 67% atau lebih kurang 2/3 daripada semua kes rogol yang dilaporkan, berlaku dari jam 6 petang sehingga 6 pagi.
  • Malam minggu (malam hari Sabtu) merupakan hari dan waktu yang paling banyak kes rogol dicatatkan dalam semua 7 hari dalam seminggu.

Malam minggu sebagaimana yang dinyatakan dalam statistik tersebut merupakan malam yang paling banyak mencatatkan kejadian rogol dan serangan seksual. Sebagaimana yang kita sedia maklum, malam minggu merupakan malam dimana muda mudi dan golongan dewasa gemar keluar bersosial. Dengan batasan-batasan hubungan yang tidak disempadani apa-apa, maka tidak mustahil perkara buruk seperti yang dinyatakan dalam statistik tersebut boleh berlaku. Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang menyatakan bahawa dalam malam terkandung kejahatan dan setan-setan berkeliaran pada malam hari.

Dari Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan biarkan ternak dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja. Karena setan keluar ketika matahari terbenam sampai hilang cahaya senja.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jelas Rasulullah s.a.w. telah pun memberikan amaran mengenai kejahatan yang terkandung dalam gelapnya malam. Saya memahami hadis ini membawa maksud kemudaratan yang di bawa oleh kedatangan senja termasuk kejahatan dalam bentuk apa yang dibincangkan dalam artikel ini. Tidak hanya demikian, pada suatu senja ketika sedang bersembang dengan seorang pak cik, sepupu dan adik-adik saya selepas selesai membuka khemah kenduri, azan Maghrib berkumandang. Sebaik saja azan tersebut habis dilaungkan, maka muncullah satu lagi ‘setan’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas. Jelas sekali ‘setan’ ini hanya muncul pada waktu cahaya senja masih kelihatan dan menghilang sebaik saja cahaya senja hilang dan muncul gelap malam. ‘Setan’ yang saya temui ini jelas sekali memmenuhi kriteria kemunculan satu jamnya seperti dalam hadis di bawah.

Dari Jabir Bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana pada ketika itu setan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam maka biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana setan tidak dapat membuka pintu yang berkunci. Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur).”
(Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis di atas jelas Rasulullah s.a.w. memberikan satu peringatan mengenai penularan wabak penyakit. Setan pertama tersebut juga membawa maksud penyakit bawaan nyamuk. Nyamuk aedes hanya mencari mangsa pada waktu senja. Selepas gelap malam muncul, ianya pun hilang. Deskripsi ini betul-betul tepat dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Saya sudah menghuraikan hadis ini dalam posting saya sebelum ini “Siapakah Sebenarnya Yang Dinamakan Syaitan? Bahagian 1, 2 dan 3. Untuk membacanya klik sini.

Sangat jelas bagi menjauhi segala kemudaratan yang boleh berakhir dengan kejadian rogol serta serangan seksual, maka batas perhubungan hendaklah disempadani mengikut syariat yang telah ditetapkan. Ada juga yang cuba menyalahkan cara berpakaian wanita yang menjolok mata sebagai punca kepada perlakuan rogol yang berlaku. Saya tidak menafikannya sebagai antara punca, tetapi cara berpakaian wanita itu jatuh kepada kategori penyebab sekunder kepada kes-kes rogol dan serangan seksual ini. Penyebab primernya ialah batasan pergaulan yang langsung tidak dijaga. Sebagaimana statistik tersebut memberikan gambaran jelas bahawa ¾ dari mangsa rogol mengenali mangsanya. Mungkin akan ada yang tidak berpuashati dengan kenyataan saya yang mengatakan bahawa, faktor berpakaian itu jatuh sebagai sebab sekunder. Sebenarnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan dalam Al-Qur’an dalam surah An Nuur ayat 30:

(An Nuur 30)
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Arahan ayat hijab ini pertamanya ditujukan kepada kaum lelaki. Arahan Allah ini sangat mudah, effisien dan penuh dengan pendekatan psikologi. Saya sudah menghuraikannya dalam posting saya yang bertajuk “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini).

Hanya kemudian dari itu, barulah ayat berkenaan hijab Allah s.w.t. perintahkan ke atas kaum wanita.

(An Nuur 31)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Jelas sekali Allah s.w.t. memerintahkan kaum lelaki terlebih dahulu menundukkan pandangan supaya tidak terpengaruh dengan dorongan nafsu akibat dari memandang sesuatu yang boleh membangkitkan syahwat. Jadi kenapa hendak disalahkan wanita sekiranya perintah Allah yang pertama Allah s.w.t. tekankan ke atas kita tidak langsung kita penuhi. Apakah kita sebagai lelaki Muslim ini terlalu mementingkan diri, memaksa kaum wanita berubah sedangkan kita tidak mahu berubah? Sedangkan perintah Allah yang pertama ialah kepada kita supaya menundukkan pandangan. Fahami perintah Allah ini! Ianya satu pendekatan psikologi yang paling hebat untuk merubah dunia disekeliling kita. Baca tentangnya dalam posting saya “Aurat Muslimah: Satu Penindasan Atau Pembebasan?” (Untuk membaca hikmahnya dan posting tersebut, sila klik sini) supaya dapat difahami bagaimana hebatnya sesuatu arahan Allah itu dan kesan daripada pelaksanannya. Sebenarnya, kita ini terlalu ego. Kesukaan kita ialah membiarkan kebodohan dan kesombongan menguasai diri, sedang Allah s.w.t. itu sudah pun meletakkan segalanya dalam susun atur yang paling cantik dan elok untuk dipraktikkan. Sebenarnya, semua permasalahan sosial ini boleh dikawal dan dikurangkan sedikit demi sedikit sekiranya kita semua sedia mahu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar menurut Al-Qur’an dan hadis. Kembalilah kepada Al-Qur’an dan sunnah, kerana segala-galanya terjawab disana. Tak percaya? Cubalah sendiri, cari guru bertauliah, mohon petunjuk Allah dan dalami Al-Qur’an dengan kefahaman sebenar dan bukan kefahaman sempit. Anda pasti akan terkejut dengan apa yang anda akan jumpa... percayalah.. ianya berlaku kepada saya dan semua yang cuba mendekati Allah melalui kefahaman ayat-ayat Al-Qur’an dan As Sunnah. Sebut apa saja... Evolusi, Sains angkasa, Penerokaan Angkasa, fizik, geologi, kewujudan makhluk asing, kepupusan dinosaur semuanya disebut dengan jelas dalam Al-Qur’an dan hanya difahami oleh mereka yang berpengetahuan.

Al Qamar 17, 22, 32 dan 40
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Al Israa’ 12
Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda, maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.

Terpulanglah... samada kita kembali atau kita dikembalikan, yang pasti 10 minit yang anda luangkan membaca artikel ini takkan kembali kepada anda semula. Kehilangan masa tersebut, menunjukkan bahawa baki umur kita yang ada semakin berkurang. Sudahkah kita bersedia untuk dipanggil pulang? Wallhua’lam....




Petikan Dari : http://satuhala.blogspot.com

Tugas-Tugas Syaitan Di Atas Muka Bumi.


IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.


Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui."
(al-Baqarah:168-169)


2
. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

"Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui."
(al-Baqarah :268)

3.
Menyesatkan manusia. "Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya." (an-Nisa' : 60)

4.
Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. "Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi..." (al-Maidah: 91)

5.
Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. "...dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?" (al-Maidah: 91)

6.
Mencari calon penghuni neraka. "Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka." (Fathir:6)

7.
Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya."Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!" (Yasin:60)

8.
Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

"Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia."
(an-Nas: 4-6)



Petikan Dari : http://tarasakila.blogspot.com/